Kepada semua pembaca yang dihormati sekalian…Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan yang sempurna adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi seseorang individu. Tidak kira apa pun tahap pendidikan seseorang individu itu, anda semua pasti setuju jika saya katakan dengan pendidikan, kita akan mendapat ilmu dan ilmu yang berguna akan menjaga diri kita. Tidak seperti harta, kita perlu menjaganya dan kadangkala mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri (jika tidak kena caranya).
Namun, persoalannya ialah kenapa dengan tahap pendidikan yang kita capai pada hari ini masih tidak dapat memberi jaminan untuk memperolehi apa yang kita hajati? Sebenarnya , inilah yang kita terlepas pandang. Saban hari, ramai graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi sama ada Awam ataupun Swasta barangkali tidak menyedari hakikat yang sedang berlaku.
Ok, di sini saya akan cuba terangkan hakikat yang berlaku secara analogi Matematik.
SIJIL: 1, 2, 3, 4, …
DIPLOMA: 1+1=2, 1+2=3, …
IJAZAH SARJANA MUDA (Degree): 0.5+1.5=2, 1.5+1.5=3, …
IJAZAH SARJANA (Master): +, -, X, ÷, punca kuasa, log, …
IJAZAH KEDOKTORAN (PhD): 1+1=0 ???, 1+1=1 ???, 1+1=12 ???, …
Sebenarnya, pada hari ini, peringkat Sijil ibarat hanya mengenal nombor. Peringkat Diploma kita akan belajar apa yang orang lain belajar. Peringkat Sarjana Muda kita cuma memperincikan apa yang orang lain belajar. Peringkat Sarjana kita sudah mula berhujah dengan ilmu yang kita miliki (Hujjatul Muslimin). Namun, pada peringkat PhD kita perlu memutuskan hukum (Ayatullah). Pada peringkat PhD kita perlu mencari perkara-perkara atau idea-idea yang baru. Pada peringkat ini selalunya kita akan lebih ke hadapan. Sebab itu mereka-mereka yang sudah berada di peringkat ini selalunya lebih Berjaya. Kenapa? Kerana:-
1.
mereka tahu jika mereka buat apa yang orang lain buat semalam, mereka akan ketinggalan,
2.
mereka tahu jika mereka buat apa yang orang lain buat hari ini, mereka hanya boleh bersaing,
3.
tetapi, mereka juga tahu mereka akan berjaya jika mereka buat apa yang orang lain tak buat pada hari ini (proaktif).
Tahukah anda, untuk menjadi proaktif kita tidak perlu belajar sampai ke peringkat tertinggi (PhD). Apa yang perlu kita amalkan ialah ‘BERTINDAK IKUT SITUASI’. Inilah jua konsep yang telah digunakan oleh para pemegang PhD untuk berjaya. Sekarang saya akan DEDAHKAN kepada anda…
Ok, begini caranya…
Jika kita terikat dengan Matematik, memang kita tak dapat nak buktikan 1+1=0 kan? Idea yang paling penting ialah BEBASKAN FIKIRAN ANDA. Apa kata jika saya katakan satu ayah + satu ibu = tiada anak (1+1=0). Satu unsur hidrogen + satu unsur oksigen = satu unsur air (1+1=1). Satu ayah + satu ibu = dua belas orang anak (1+1=12). Boleh kan? Itulah yang saya maksudkan BEBASKAN FIKIRAN ANDA.
Ok, satu lagi contoh SITUASI LEBIH MENGUASAI MATEMATIK. Katakan ada seekor katak. Keupayaan sekali lompatan katak tersebut ialah 1.5 meter. Berapa kali lompatan yang diperlukan untuk katak menyeberangi sebuah kolam selebar 6 meter?
Jawapan Matematik: 4 kali (1.5 meter X 4 = 6 meter)
Jawapan Situasi: Satu kali lompatan sahaja. Ini kerana, setelah sekali lompatan katak tersebut berada dalam air kolam dan seterusnya hanya perlu berenang untuk sampai ke hujung kolam.
Kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian…Inilah yang dikatakan kekuatan situasi lebih baik dan tepat daripada kekuatan Matematik. Sebab itu orang tua dulu-dulu sangat bijak. Mereka tidak cerdik kerana tidak belajar tinggi, tetapi mereka bijak menggunakan akal. Namun, pada peringkat awal, asas Matematik adalah sangat perlu untuk seseorang mula berfikir secara kreatif dan inovatif. Lebih-lebih lagi di zaman ICT ini tidak boleh tidak kita perlu menguasai asas matematik tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan